NBM PANDUAN TERHEBAT ARTIKAL 1: Mulakan dari awal!
Selamat Datang Miners!
Dalam siri mini artikal-artikal ini, anda akan dapat mempelajari lebih jelas dan pantas tentang NFT Battle Miners iaitu salah satu permainan digital NFT yang komprehensif dan menarik! Dengan menyertai kami, anda boleh memliki kad Medan dan kad Pembinaan serta berpeluang memenangi pelekat terhad, cebisan kad dan pek promosi.
Tanpa membuang masa, Jom mulakan!
Perkara pertama : Pengetahuan ASAS!
Dalam permainan digital NBM, terdapat beberapa jenis kad. Sebuah gambaran khas memapaparkan seribu makna, jom kita lihat setiap gambar ini.
Pelekat Terhad: Setiap pelekat terhad yang anda lupuskan, anda akan menerima sebuah Pek Promosi.
Pek Promosi: Setiap pek promosi yang anda buka, anda akan menerima sebuah kad Aktif secara rawak.
Kad Aktif: Sejenis kad yang membolehkan anda bermain permainan digital NBM dan permainan Mini NBM.
Cebisan Kad: Gabungkan 5 cebisan kad untuk mendapatkan sebuah Pek Promosi secara Percuma!
- Kad lain: Kad lain terdiri daripada kad medan dan kad pembinaan. Tetapi kita akan terangkan kad-kad ini kemudian.
Kesemua langkah-langkah Pembukaan, Pelupusan, dan Penggabungan kad yang dinyatakan ini harus dilakukan di Laman Web Rasmi NBM.
**Maklumat tambahan: Pelekat Terhad juga mempunyai jenis yang berbeza. Secara kasar, setiap pelekat yang dilupuskan bersamaan dengan satu atau sebuah Pek Promosi. Akan tetapi…Pelekat Terhad yang khas perlu digunakan untuk penggabungan resipi unik bagi mendapatkan lebih banyak Pek Promosi! (5 Pelekat terhad berbeza = 6 Pek Promosi). Jangan lupa dan ragu-ragu untuk meneroka lama web rasmi NBM (Bahagian Penggabungan) untuk maklumat yang lebih lanjut!
Dan bahagian yang paling BEST!! Anda boleh memenangi hampir kesemua NFT yang dinyatakan di atas dengan beraktif dalam komuniti Discord kami. Tidak perlu mengeluarkan satu sen pun dari poket anda! Tetapi ingat sebelum menyertai kami, sila baca artikel yang seterusnya dalam siri mini ini untuk
Memaksimalkan peluang anda untuk MENANG!!.
Dibawa khas oleh Pasukan NBM anda!