PANDUAN ULTIMATE NBM, Artikel 7, Meneroka mekanisme perlombongan -BAHAGIAN 1: Logik perlombongan(Mining)

NFT Battle Miners
5 min readSep 27, 2021

Hello Miners!

Sudah tiba masanya untuk membuat beberapa pengiraan matematik untuk lebih memahami cara kerja perlombongan(Mining). Tetapi jangan risau! Kami akan terangkan langkah demi langkah dan, untuk lebih jelas, kami akan membahagikan menjadi 2 bahagian: 1, perlombongan(Mining) dan 2, penyelenggaraan.

Perkara pertama yang perlu diketahui mengenai perlombongan adalah: anda tidak dapat melombong sumber dan NFT pada masa yang sama. Oleh itu anda perlu memilih untuk melombong sumber, ataupun NFT. Batasan ini seharusnya mempengaruhi strategi utama perlombongan anda.

Kedua, jika Medan mempunyai lebih dari 1 sumber, anda tidak dapat melombong semua sumber sekaligus. Anda perlu memilih satu (dan sesuaikan strategi anda dengan sewajarnya).

Tetapi, untuk memahami konsep-konsep itu dengan lebih baik, kita akan lihat dengan 3 contoh: Yang Baik, Yang Buruk dan Pemenang!

Yang Baik:

Pemain(Player) standard A yang ingin melombong sumber. Dia hanya mempunyai beberapa aktif (tidak ada pembinaan) dan memahami bagaimana permainan ini berfungsi:

  • Player ini mempunyai pulau terapung (Rare level 1)
  • Medan ini mempunyai Resource Mining Boost (RESM) 6 dan saiz 3.
  • Player ini memutuskan untuk bermain dua kali di Medannya sumber BM NFT (Common Level 1), masing-masing mempunyai nilai RESM 3
  • Nilai RESM keseluruhan NFT aktif yang dimainkan di Medan adalah 6; (3 + 3)
  • Peringatan: Medan mempunyai RESM 6. Medan tersebut hanya mengandungi Constructium.

Memandangkan Medan itu mempunyai RESM 6, dan total RESM dari semua Aktif kad di Medan ini adalah 6, setiap jam, secara teorinya akan melombong 36 unit Constructium (6 x 6). Tidak serumit/selebih daripada itu. Jumlah yang dilombong sama dengan jumlah RESM kesemua aktif kad di atas Medan didarap dengan RESM Medan.

Yang Buruk:

Pemain standard yang ingin melombong sumber tetapi tidak memahami bagaimana permainan berfungsi:

  • Player B ini mempunyai Medan yang sama sekali dengan player A (Pulau Terapung Langka tahap 1).
  • Dia bahkan mempunyai lebih kad aktif daripada Player A.
  • Dan semua kad aktifnya mempunyai tahap yang lebih baik: semua kad tahap 4.
  • Walau bagaimanapun Player B tidak memahami bagaimana permainan ini berfungsi …
  • Dia hanya meletakkan kad aktif secara rawak, masing-masing mempunyai RESM bernilai hanya 1.
  • Ini bermaksud bahawa jumlah RESM NFT aktif yang dimainkan di Medan hanya sama dengan 3; (1 + 1 + 1).

Dengan itu, Player B hanya akan memperoleh 18 Constructium setiap jam (6x3). Kesimpulannya, semasa melombong di Medan yang sama dengan Player A dengan lebih banyak kad aktif (semua mempunyai tahap yang lebih baik!), Orang Bad akan mendapat dua kali lebih sedikit daripada yang Baik.

Pemenang

Pemain C berkemahiran/Advance Player ini ingin melombong sumber. Dia faham bagaimana permainan ini berfungsi. Dia mempunyai banyak aktif bersama dengan 1 kad pembinaan:

  • Pemenang mempunyai Medan yang sama sekali dengan Yang Baik dan yang Buruk.
  • Dia hampir mempunyai persediaan yang sama dengan yang Baik.
  • Walau bagaimanapun, dia mempunyai kad Pembinaan ‘Menara Penapisan/Filtering tower’ (C1).
  • Seperti yang kita lihat dalam Artikel 4, Constructions memiliki RESM mereka sendiri (di sini 1) dan saiz sendiri (1).
  • Dengan bersaiz 1, Construction menambah slot tambahan (di mana Pemenang memainkan kad sumber BM yang lain) sambil menawarkan bonus 5% pada pengekstrakan Constructium.

Nilai RESM keseluruhan NFT aktif yang dimainkan di atas Medan ialah 9; (3 + 3 + 3). Selain itu, terima kasih kepada Kad Pembinaan, Medan ini kini mempunyai RESM 7; (6 +1; Perlu diingat bahawa RESM Pembinaan ditambahkan ke Medan, bukan ke kad Aktif). Pada pandangan pertama, Pemenang sekurang-kurangnya memperoleh 63 Constructium (9 x 7) setiap jam.

Tetapi, kad Pembinaan juga menawarkan bonus 5% untuk pengeluaran Constructium! Jadi, hasil akhir adalah 66 Constructium / jam (63 x 1.05). Sebagai perbandingan, jika Pemenang tidak bermain kad Pembinaannya, dia hanya akan menambang 54 Constructium / jam; (9 x 6).

Setelah anda memahami konsep-konsep tersebut, hampir tidak ada gunanya menjelaskan perlombongan NFT kerana … ia berfungsi dengan cara yang sama!

Kebarangkalian melombong sebuah NFT adalah sama dengan jumlah NTFM daripada semua kad aktif di Medan darap dengan NFTM Medan (kemudian dibahagi dengan 10000, untuk mendapatkan nilai akhir sebagai peratusan). Sebagai contoh, Player B mempunyai 0.06% / jam peluang untuk melombong NFT; (anda dapat melihat operasi di atas).

Sekiranya anda memenangi NFT, kemungkinan berikut berlaku:

Pro Player:

Kita sepatutnya hanya mempunyai 3 contoh pada bahagian pertama ini. Tetapi … kita semua tertanya-tanya apa yang berlaku jika anda bermain beberapa pembinaan yang bagus di tanah yang sangat kuat. Mari kita lihat!

  • Player ini mempunyai Land terbaik: Ultimate dengan saiz 4.
  • Dia juga mempunyai 4 kad Constructions , semua Ultimate.
  • Dia memutuskan untuk memainkan 4 kad pembinaan tersebut di 4 tanah
  • Tanahnya tidak memiliki tempat bebas lagi, tetapi setiap Pembinaan mempunyai saiz tersendiri: 3.
  • 3 slot pada setiap kad Pembinaan darap/multiple dengan 4 kad Pembinaan = 12 slot tambahan.
  • Di setiap slot tersebut, Pemain ini mengunakan album perlombongan Ultimate.
  • Dengan bantuan kad Aktif, jumlah keseluruhan RESM dan NFTM = 168.
  • Akhirnya, jumlah RESM dan NFTM Constructions masing-masing adalah 28 dan 36.

Jadi, jika Player ini memutuskan untuk melombong sumber, sekurang-kurangnya dia harus memperoleh:

168 (Jumlah RESM aktif) x 37 (RESM Tanah + RESM dari 4 kad Construction= 6216 token / jam

Sekiranya dia memutuskan untuk melombong Minium, dia juga akan mendapat peningkatan 62% (15.5% x 4 Construction) yang bermaksud 10070 token / jam

Akhirnya, jika dia memutuskan untuk melombong NFT, Player ini akan mempunyai 75.6% peluang / jam untuk mendapatkan NFT.

Contoh ini menyimpulkan bahagian pertama dari ‘bab Perlombongan’ ini. Perlu diingat bahawa semua nombor yang kita lihat di atas adalah teori. Sebenarnya, dalam permainan NBM, kad Aktif dan Pembinaan dapat dipengaruhi oleh beberapa parameter seperti persekitaran dan mungkin memerlukan penyelenggaraan.

Inilah yang akan kita lihat dalam artikel seterusnya: Meneroka mekanisme perlombongan -BAHAGIAN 2: penyelenggaraan.

Pasukan NBM anda

<ARTIKEL SEBELUMNYA ; KEMBALI KE JADUAL ; ARTIKEL SETERUSNYA>

--

--

NFT Battle Miners
NFT Battle Miners

Written by NFT Battle Miners

NFT Battle Miners: Your Portal to Arcadia! Mine, explore, and fight... the choice is yours!

No responses yet